Bisikan Hati

Di dalam tubuh manusia terdapat seketul daging,jika buruk maka buruklah keseluruhannya,jika baik maka baikla keseluruhannya..Dari hati muncullah insan sejati

Tuesday, 23 August 2011

SENYUMAN HARI INI..>_<..


Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?
Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?
Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.
Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.
Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari^^v

Sunday, 21 August 2011

Wanita cntek dan lelaki idamannye..^^

~ Siapakah wanita cantik itu ?

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .

~> Jadilah wanita cantik itu :)

✿~ Siapakah lelaki idaman wanita itu ?

✔ Yang menghormati ibunya,
✔ Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
✔ Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
✔ Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami islam,
✔ Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,Yang sentiase berjuang di jalanNya

~> Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju ke akhirat :)
 Kita semua pn boleh jd wanita cantek tu..jom2 sahabat^^ biar cantik di mataNya..^^

Saturday, 20 August 2011

ADAKAH KITA BERTEMU DENGAN ORANG YANG SALAH..>_<…


Uishh..dh lame sgt ana xupdate hik3..ok2 lepas ni insyaallah akn diupdate selalu..^^  ok2  silela~ bce..tp kali ini bukan hasil karya ana sendiri..ape2 pn..smoga kita semua mendapat pengajaran insyaallah^^

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
- Artikel iluvislam.com

@__@

Sunday, 12 June 2011

Test dari Allah..

Bismillahirrahmannirrahim…
Penulisan ana kali ini adalah peringatan,bukan sahaja untuk diri ana sendiri malah saudara semuslim lain juga supaya dapat sama-sama memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.=)
Isnin itu,hati ini tak berhenti debaranya,dah buka ecitie pun xkeluar lagi result..dup dap..dup dap..jantung ni..petang tu bru ana dapat buka dan tengok sendiri result tu.Bila baca post2 sahabat-sahabat lain kat fb hati ini jadi penuh pertanyaan ade yang post”Alhamdulillah”,”thanks to lecterur bla..bla..bla..”,”lebih baik dri sem lps….” Dalam hati ni cuma mampu ucap,tahniah kalian..>_<…
Kenapa pulak hati ini perlu penuh pertanyaan seperti itu?? Sebab nya ana tertanya2..”apa salah aku??”,knpa mesti macam ni??”,”ujian ape ni Ya Allah??berat sngt ni??”,”kenapa aku tak dapat macam diorg??aku study je??ape yg kurang??”,”salah ke jalan yg aku pilih???”….beribu pertanyaan menghimpit minda waktu tu..macam2 rasa menyelinap dalam diri..putus asa,rasa nak berhenti,nak lari..macam2..seperti biasa sebab ana tak pandai meluahkan,cara terakhirnya menangis..menangis semahu-mahunya..bila berhenti menangis ana rasa malu,yup..malu..ntah pada sapa ana tak tahu..yang penting ana malu sangat2..malu pada yang memerhatikan kita setiap masa..”ini bukan caranya..” itu yang bermain2 di fikiran ana kala itu…
“ujian tu maknanya Allah tu ingat kat kita,maka bersyukurlah bila diberikan ujian”,kata2 kak uyun waktu ana sem 1 bermain2 di minda..syukran ukht..innallahamaana..=)
Allah.
Bila kita diberi ujian olehNya..macam ana tadi,benda pertama yang kita selalu sebut,kenapa mcm ni Ya Allah?? Seolah2 kita menyalahkanNya atas semua yang terjadi,mengaku atau tidak..kebanyakan persoalan yang akan bermain kat minda kita mesti salahkan takdir,dan siapa yang menyusun takdir tu??Allah kn?kita salahkan Dia??kita???astaghfirullahalazim..:’( Ana selak kitabullah lalu bertemu ayat ini..
  “Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu ujian seperti yang dialami orang2 terdahulu sebelum kami.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan,digoncang dengan pelbagai cobaan.Sehingga Rasul dan org2 beriman bersamanya berkata,’Bilakah dtg pertolongan Allah?’,Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”(Al-Baqarah:ayt214)
Tngok Allah dah janji siapa yang diberi ujian dan mengharap pertolonganNya,maka pertolonganNya itu adalah dekat..pepatah melayu ada mengatakan rezeki jangan ditolak..makan tak tolak,duit tak tolak,orang bagi bantuan tak tolak..bagos..bagos sungguh..Allah nak bagi nikmat kita selalu tolak..kenapa??sebab kita tak nampak apa yang Allah bagi?sebab rahmat kita tak bole nampak?Tak wahai sahabat..bukan kita tak nampak..Cuma kita tak nak perhati!!..astaghfirullahalazim..~
Innallahamaana..
Sejak sekolah ana selalu suka akan ayat ni..sesungguhnya Allah sentiasa bersamaku..ayat ni biasa kalau kita tak mendalaminya..ada yang yakin Allah sentiasa bersamanya tapi masih bersedih,masih putus asa,masih bermaksiat..kenapa??Dalam hidup ini ana paling pantang dengan orang yang sering berputus asa,dan merasa lemah..sejak kecil ayah dah terapkan dalam diri anak2nya keyakinan diri tu penting..jadi ana selalu berusaha untuk yakin,kalau tak boleh pun ana tetap cuba..Ye..berkata2 memang senang..ana boleh terus yakin sebab waktu tu ana tak perlu pun merasa lemah..yakin mengeluarkan hujah sebab hujah2 tak pernah disangkal,yakin ke hadapn sebab tak pernah diboo saat ke hadapn,yakin tersenyum sebab tak pernah dijeling saat tersenyum..betul tak?ini ilmu ikhlas..hehe tak percaya?cbe tetap senyum saat orang menjeling,tetap bersedekah saat tak da duit,tetap yakin saat gagal..ini baru keikhlasan sebenar=)
Ana boleh bercakap,menasihati orang saat ada meminta nasihat saat mereka lemah,tapi.bila ana sendiri lemah..ana lupa nasihat2 ana..sebab apa??ikhlas..ana tak cuba ikhlas seikhlasnya..ada yang kuat bila dengar nasihat ana,tapi bila ana yang lemah ana lupe mengingatkan diri sendiri..astaghfirullahalazim..
Kamu ingin tahu bagaimana keadaan kamu di sisi Allah?Lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di hati kamu..
Tak ada sesiapa yang menyebelahi ana waktu itu,ibu ayah mestila kecewa dan terdiam..hati kecil ni berbisik”sabar hati,memang patut mereka begitu,sebab kamu harapan..lagipun mereka tak tahu payahnya..”..kawan2.. hehe.. sejak dari dulu ana tak membiasakan diri terlalu mengharapkan kawan2 sebab fobia dengan pengalaman lalu dan pengalaman keluarga..walaupun sebenarnya ana rasa ana telah dikurniakan Allah sahabat2 terbaik setakat ni..maafkan ana sahabat=)
So berbalik kepada al-quran,sebab ana perlukan pengisian..nasihat..
“Hendaklah kamu wahai Muhammad dan pengikut2mu sentiasa segera merujuk kembali kepada Allah(dengan mengerjakan amal2 bakti) serta bertawakallah kamu kepada Nya dengan betul dan sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana2 golongan orang musyrik(Ar-rum:ayat31)
Terfikir sejenak..apa yang Allah nak tunjukkan??kenapa ayat ni rase dekat?maknanya adalah..ada yang kekurangan..mungkin ujian ni adalah Allah nak tunjukkan ada yang tak betul dalam diri ana..mungkin tak cukup amal,tak cukup ikhlas menuntut ilmu,salah niat,buang masa banyak,ade menyakiti makhluknya..ini semua menyebabkan kurangnya berkat dalam ilmu..betol kn?Dan kalau betul ana yakin Allah sentiasa bersama ana..apa yang perlu ana takut dan sedih..lepas berusaha,bertawakkal dan redha terima semua keputusan..maknanya selama ni ana tak cukup ikhlas lagi..nah..nampak dah kan?astaghfirullah..
Manusia yang menyatakan akan kelemahanya,sering berputus asa,sering rasa tak kuat,tak layak adalah manusia yang kehilangan sifat kembali kepada Allah.Bukankah rasa2 di atas menyebabkan kita merasa gelisah?sedangkan dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang..Terus-terusan berada dalam kelemahan,bererti kita tak bergerak membaikinya.Dengan sentiasa bersegera kembali padaNya,kita akan Berjaya mengekalkan kekuatn dalam diri.Ujian itu adalah tarbiyah,kita tak akan dapat pengajaranya kalau kita tak berusaha mencarinya.Muhasabah semula diri kita.Banyak dekatkan diri semula kepadaNya..saat kita berharap padaNya melebihi makhluk lain..akan ada satu kemanisan yang sukar diungkap..percayalah sahabat..ramai yang pernah merasainya lantas kita pasti akan menjadi kuat kerana apa?Kerana..Sesungguhnya Allah bersama kita jadi apa yang harus kita takutkan?Tidak akan berlaku sesuatu tanpa keizinanNya..

Rasa lemah,rasa berputus asa..tak buat seseorang tu akan bangkit bergerak membaiki kelemahan..mungkin saja dia akn terus melayan rasa lemah tu..orang lain Berjaya..dia tetap saja gagal sebab kita adalah apa yang kita fikirkan..betol kan?Sepatutnya bila kita jatuh dalam kehidupan,diberi ujian..kita harus anggap itu salah satu jalan yang Allah kurniakan untuk kita memperbaiki diri..sama macam ujian bulanan di sekolah utk check balik tahap pembelajaran kita..so ujian utk check tahap keimanan kita..apa khabar iman kita?berapa markahnya tika ini?20%50%90% atau msih masih terkedek2 dengan 2% tahap keimanan..ujian itu bukan sahaja tarbiah malah kafarah dosa.Kita tak akan kecewa berpanjangan kalau kita yakin bahawa kalau kita sabar Allah akan mengangkat semua masalah kita.Jadilah kita manusia yang mampu bertenang bila ditimpa musibah,waras bila diberi ujian..kerana kita yakin tempat kita bergantung adalah yang paling kukuh dan tiada taranya..ALLAH..=)
Makhluk Allah semua tak sempurna,ibu ayah,kawan,’die’,..spe2 pn..Tp Allah tiada yang mampu menandingi..so sahabat..lets back to Allah..=)
“Cukuplah bagi kami sekadar Allah dia adalah sebaik2 wakil(pengurus)”..(Al Imran:ayt173)
Pesanan ana kepada sahabat2 yang masih lagi merasa lemah,dan tak lupa diri ana sendiri yg terlalu sering perlu diingatkan..hehe..ya..memang kita tak kuat..mana nak cari kekuatan tu?Jawapannya pada empunya segala kekuatan Allah..kembalilah padaNya..Ingat kisah2 sahabat nabi,dan rasulullah sendiri..bagaimana mereka mampu menahan segala ujian yg Allah berikan..hanya dengan keyakinan mereka pada Allah..kewujudan Allah,pembalasan Allah,ganjaran Allah..dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..Islam akhirnya tertegak di bumi jahiliah..Jangan dirisaukan natijah.Yg perlu dirisaukan adalah usaha.Insyaallah lepas usaha dan tawakkal segala yang diberikan Allah adalah terbaik.Yakinlah dan segala kesusahan,kegundahan dan keresahan akan selesai insyaallah.
Wallahua’alam..maaf atas penulisan yg terlampau pnjg..hehe..yg baik datang dari Pencipta segala kebaikan (Allah)..yg buruk dtg dari kesalahan ana sendiri sebagai hambaNya..>_<..



Buat Kamu....

....Bismillahirrahmanirrahim....
     Allah Engkau empunya kasih sayang,yang mengurniakan anugerah itu kepada kami,terima kasih Ya Allah.
 Sungguh sejak dulu hati ini selalu terjaga dan dijaga..kalau pernah pun seseorang menyentuh hati ini cepat2 aku hilangkan
 demi keredhaan mu Ya Allah..kerana kalau aku buka pintu hatiku saat itu,pastinya kerana nafsu dan bukan keranaMu,kerana rasa itu hadir tanpa matlamat menuju keredhaanMu....
      Tapi kini Ya Rabb...seseorang telah mula menyentuh hatiku,antara beberapa pemuda yang hadir,hatiku terpaut padanya kerana peribadinya yang terjaga,agamanya yang ku yakin..dan kali ini aku relakan hati ini terpaut padanya..entah kenapa aku harus membiarkan..dia tak berharta,rupa yang biasa,ada juga kekurangan kerana kita manusia xmampu lari daripadanya kan Ya Allah?>_<
       Entah sejak bila aku membiarkan dirinya bertapak di hatiku..yang aku tahu saat aku menyedari dia memang telah di situ..kadangkala aku rasa sangat takut,betulkah tindakanku membiarkan dia terus disitu?Ya Allah jika dia memang untukku dekatkan hatinya dengan hatiku,jika dia bukan milikku tenangkanla hatiku dalam keredhaanMu amin~..hanya itu yang aku mampu lakukan,doa Ya Allah..doa padaMu..ku panjatkan setiap hari 'Ya Allah sungguh aku sangat rindu padanya,tapi dia bukan yang halal bagiku untuk aku sampaikan Ya Rabb..bantu aku,sampaikan rasa rinduku padanya yang ku titipkan pada hembusan bayuMu,jagakan peribadinya,akhlaknya,agamanya,hatinya untukku kerana sungguh aku tak mampu Ya Allah..Jika memang ditakdirkan dia diciptakan untuk yang lain,kurniakanlah dia wanita solehah yang terbaik untuknya..hehe,pernah sahaja hati ini dikuasai rasa cemburu andai aku tahu ade yang cuba mendekatinya...tapi aku cuba fahami walau kadangkala hati  ini sangat keras untuk memahami,dia bukan lagi milikku,mungkin sahaja memang bukan..sungguh dalam hal ini Ya Allah aku hanya mampu berserah padamu..
       Saat aku rasa hilang dari hatinya,aku mengingatkan diri,mungkin ini balasanya,kerana si dia lebih memenuhi ingatanku dariNya..akan aku ingat selalu pesan naqibahku,lebihkan menjadi berbanding mencari..ingin yang soleh..jadilah solehah..jangan sibuk mencari yang soleh andai diri tak solehah..aku yakin andai aku berusaha menjadi baik,Kau akan kurniakan yang terbaik untukku kan Allah?>_<

CORETAN HATI

CORETAN HATI
Hati ini ingin sekali kau tahu,betapa ia rindu padamu
Hati ini ingin sekali kau tahu,betapa letihnya menunggumu
Diri ini ingin kau tahu betapa  ia selalu menanti kehadiranmu
Diri ini ingin sekali kau tahu betapa ia mengagumimu
                 
Menunggu itu meletihkan
Merindu itu memeritkan
Memandangmu menyenangkan
Senyumanmu menyenangkan

Aku cuma seorang gadis yang masih tidak memahami erti semua ini
Aku Cuma memandang,namun terlalu takut untuk  tersenyum
Aku Cuma menunggu,tak berani menyapa
Kadangkala manis,kadangkala pahit
Aku benci melalui semua ini
Namun aku sayang untuk menghilangkan rasa ini
Maaf andai kelakuanku menganggu perasaan dan hidupmu..

Petikan di atas memang nampak sangat kebudak-budakan..kan?Penulisan adalah salah satu cara bagi ana meluahkan isi hati,sebab ana jarang berkongsi..hanya dengan penulisan ana dapat meluahkan segala-galanya..petikan ini ditulis sewaktu ana dalam tingkatan tiga..memendam rasa terhadap seseorang,bagaikan sudah

menjadi rencah dalam kehidupan remaja sekolah kan?Bukan berniat untuk memenuhkan isi2 blog ana dengan penulisan yang  berunsurkan cinta..hanya ingin mengingatkan para sahabat dan diri ana juga..cinta itu harus disalurkan pada saluran yang betul,yang hak..mungkin penulisan boleh menjadi salah satu cara meluahkan hasrat hati,tanpa diketahui si dia jika kita masih rasa belum masanya..kan?>_<

Wednesday, 27 April 2011

Bila Hidup Penuh Rasa Cinta..

Bismillahirrahmanirrahim...
  Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani...

  Dunia ini diciptakan dengan asasnya rasa cinta..ada yang setuju dengan pendapat ana?Seorang sahabat di tempat ana menuntut pernah menegur status2 kami ahli2 sebuah kelab yang memegang objektif dakwah,status2 di fb yang agak berunsur kecintaan,meluahkan rasa cinta,cinta yang sebenar,nasihat tentang cinta..Alhamdulillah,masih ada di dalam kampus ini yang mahu menegur kesalahan2 sahabat2 mereka,itu adalah lebih baik dari terus berdiam dan membiarkan segalanya semakin buruk...kan?Tapi bukan ana tidak bersetuju dengan pendapat sahabat tersebut,ye..apa yang dikatakan beliau adalah untuk kebaikan,sangat bernas,baik dan patut..tetapi ana mempunyai pendapat ana sendiri dalam hal ini,mungkin sahaja pendapat ini salah,kerana ana hanyalah insan yang masih belajar mengenali erti kehidupan dan ingin mula mengenaliNya dengan lebih rapat,berbanding sahabat tadi yang lebih thiqah..Pada pendapat ana adalah tidak salah apabila sahabat2 kelab kami menulis status2 berasaskan cinta..jika alasannya adalah seperti kami membenarkan,membudayakan percintaan,dating,couple dalam kalangan mahasiswa kampus ini adalah tidak benar sama sekali kerana bagi ana,status2 yang kami tulis adalah lebih berunsur kepada teguran,peringatan,tentang cinta yang hakiki...jadi bukankah itu dapat mengingatkan para mahasiswa tentang cinta hakiki yang mungkin sahaja telah mereka lupakan?Sebab kedua teguran mereka adalah menampakkan bahawa ahli kelab ini lebih mendahulukan jodoh berbanding ajal atau pengakhiran..jodoh pertemuan kan di tangan tuhan..>_<...tetapi bagi ana pula..rasanya bukan selalu kami meletakkan status2 berunsur cinta di fb,mungkin apabila rasa perlu menegur,atau mungkin ini masanya..dalam masa yang sama dapat mengingatkan para mahasiswa yang masih remaja,yang biasa terjebak dalam kancah percintaan..kebanyakan remaja sekarang juga rosak akibat daripada perkara suci yang mereka kotorkan iaitu cinta palsu mereka..jadi dengan status2 ahli kelab kami tentang cinta di fb sekurang2nya dapat mengingatkan,atau menegur mereka semula bukan?wallahua'lam..ana hanya insan biasa yang penuh dosa,cuma ingin memberi pandangan kerana tidak terluah oleh kata2..jadi maaf andai ada menyinggung perasaan siapa2..>_<