Bisikan Hati

Di dalam tubuh manusia terdapat seketul daging,jika buruk maka buruklah keseluruhannya,jika baik maka baikla keseluruhannya..Dari hati muncullah insan sejati

Wednesday 27 April 2011

Bila Hidup Penuh Rasa Cinta..

Bismillahirrahmanirrahim...
  Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani...

  Dunia ini diciptakan dengan asasnya rasa cinta..ada yang setuju dengan pendapat ana?Seorang sahabat di tempat ana menuntut pernah menegur status2 kami ahli2 sebuah kelab yang memegang objektif dakwah,status2 di fb yang agak berunsur kecintaan,meluahkan rasa cinta,cinta yang sebenar,nasihat tentang cinta..Alhamdulillah,masih ada di dalam kampus ini yang mahu menegur kesalahan2 sahabat2 mereka,itu adalah lebih baik dari terus berdiam dan membiarkan segalanya semakin buruk...kan?Tapi bukan ana tidak bersetuju dengan pendapat sahabat tersebut,ye..apa yang dikatakan beliau adalah untuk kebaikan,sangat bernas,baik dan patut..tetapi ana mempunyai pendapat ana sendiri dalam hal ini,mungkin sahaja pendapat ini salah,kerana ana hanyalah insan yang masih belajar mengenali erti kehidupan dan ingin mula mengenaliNya dengan lebih rapat,berbanding sahabat tadi yang lebih thiqah..Pada pendapat ana adalah tidak salah apabila sahabat2 kelab kami menulis status2 berasaskan cinta..jika alasannya adalah seperti kami membenarkan,membudayakan percintaan,dating,couple dalam kalangan mahasiswa kampus ini adalah tidak benar sama sekali kerana bagi ana,status2 yang kami tulis adalah lebih berunsur kepada teguran,peringatan,tentang cinta yang hakiki...jadi bukankah itu dapat mengingatkan para mahasiswa tentang cinta hakiki yang mungkin sahaja telah mereka lupakan?Sebab kedua teguran mereka adalah menampakkan bahawa ahli kelab ini lebih mendahulukan jodoh berbanding ajal atau pengakhiran..jodoh pertemuan kan di tangan tuhan..>_<...tetapi bagi ana pula..rasanya bukan selalu kami meletakkan status2 berunsur cinta di fb,mungkin apabila rasa perlu menegur,atau mungkin ini masanya..dalam masa yang sama dapat mengingatkan para mahasiswa yang masih remaja,yang biasa terjebak dalam kancah percintaan..kebanyakan remaja sekarang juga rosak akibat daripada perkara suci yang mereka kotorkan iaitu cinta palsu mereka..jadi dengan status2 ahli kelab kami tentang cinta di fb sekurang2nya dapat mengingatkan,atau menegur mereka semula bukan?wallahua'lam..ana hanya insan biasa yang penuh dosa,cuma ingin memberi pandangan kerana tidak terluah oleh kata2..jadi maaf andai ada menyinggung perasaan siapa2..>_<

FINALLY....

Alhamdulillah..akhirnya tercapai hasrat untuk membuat blog,walaupun waktunya agak tidak sesuai..time2 STUDY WEEK,dalam LIBRARY,dpn buku ORGANIC CHEMISTRY yang beratnya hampir mencapai SEKILO SETENGAH...tapi hati ini tak mampu lagi menahan hasrat tatkala line INTERNET di MICET amat laju dan memberangsangkan..>_<..itulah lumrah manusia bila tidak bermujahadah,tidak mendahulukan yang paling utama, hehehe...namun begitu diri ini pasti masa ini tidak terbuang begitu sahaja..sebab dapat merasai kepuasan bila impian yang selama ini terpendam dapat dicapai...Aku sangat berharap blog ini,hasil penulisanku nanti,ilmu2 yang diperoleh selama ini dapat dikongsi bersama dan dapat memberi manfaat bukan sahaja pada diri ini tetapi juga sahabat2 yang lain...INSYAALLAH..